|
Tanpa Beg Plastik Percuma Setiap Hari |
|
Selaras dengan hasrat Kerajaan Negeri Pulau Pinang menuju ke arah sebuah Negeri Hijau, maka pelbagai inisiatif telah dan sedang diambil oleh Kerajaan Negeri dalam usaha meningkatkan kualiti hidup rakyat jelata. Kerajaan Negeri sentiasa menyumbang dalam mengurangkan kesan tapak kaki karbon (Carbon Footprint) dalam menangani perubahan iklim (climate change) melalui pelbagai program pemuliharaan alam sekitar.
Tahun ini Pulau Pinang telah mencatatkan sejarah apabila menjadi negeri pertama di Malaysia melancarkan kempen “Setiap Hari Tanpa Beg Plastik Percuma” (No Free Plastic Bags Day). Inisiatif kerajaan negeri Pulua Pinang telahpun diikuti oleh kerajaan Persekutuan yang telahpun mulai kempen “Tanpa Beg Plastik Setiap Sabtu” hari ini juga. Sebenarnya Pulau Pinang telah mulakan inisiatif dengan Tanpa Beg Plastik percuma sehari seminggu pada 1 Julai 2009, dan kempen ini dilanjutkan kepada 3 hari dalam seminggu mulai 1 Januari 2010.
Hari ini bersama dengan 1.6 juta rakyat Pulau Pinang, kita mengorak langkah berani dengan menjalankan usaha menjaga alam sekitar sepanjang masa sepanjang tahun. Kita harap usaha mengurangkan penggunaan beg plastik ini akan membolehkan kita mencapai wawasan menjadi negeri hijau pertama di Malaysia. Kami bersedia bekerjasama dengan semua pihak termasuk kerajaan persekutuan untuk menjayakan inisiatif ini.
Pengurangan penggunaan beg plastik ini adalah terpakai kepada semua hypermarket, supermarket, departmental stores, farmasi, restoran makanan segera, rangkaian nasi kandar, kedai serbaneka (termasuk kiosk stesen minyak). Manakala pasar mini dan premis perniagaan tunggal juga perlu mematuhi syarat baru semasa pembaharuan lesen iaitu melaksanakan Hari Tanpa Beg Plastik 3 hari seminggu iaitu setiap hari Isnin, Selasa dan Rabu. Penjaja dan pasar adalah dikecualikan daripada peraturan baru tersebut.
Sesiapa yang masih ingin menggunakan beg plastik boleh memperolehinya dengan bayaran sebanyak 20 sen sekeping, di mana wang tersebut akan disalurkan kepada akaun Rakan Anti- Kemiskinan Negeri Pulau Pinang (RAK).
Bawalah beg membeli-belah jika anda ingin menjimatkan 20sen tersebut.
Muat turun deklarasi dan garis panduan "Jom! Sertailah Program Hari Tanpa Beg Plastik Percuma" [klik di sini]
|