Pertandingan bagi Anugerah Kewartawanan
Hijau 2012 Negeri Pulau Pinang
Syarat-Syarat & Peraturan Penyertaan
Seksyen: Berita dan Rencana
- Penyertaan terbuka kepada wartawan yang berkhidmat dengan mana-mana
organisasi media cetak dan media baru yang beroperasi di Malaysia
atau berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia(SSM).
- Karya kewartawanan untuk
menyertai Anugerah Kewartawanan
Hijau 2012 Negeri Pulau Pinang(AKH) ini hendaklah diterbitkan dalam mana-mana akhbar, majalah, portal berita organisasi
media antara 1 April 2011 dan 31
March 2012.
- Kandungan karya kewartawanan perlu berhubung
dengan isu-isu alam sekitar di Negeri Pulau Pinang.
- Bahan penyertaan media baru hendaklah dikemukakan
dalam bentuk PDF yang disalin
dalam bentuk cakera padat. Manakala
bahan penyertaan media
cetak boleh dikemukakan dengan dua cara:
(1) Satu salinan asal dan tiga salinan fotostat.
(2) Satu salinan asal dan satu salinan dalam bentuk PDF yang disalin dalam bentuk cakera padat
Peserta perlu menghantar dokumen ke alamat
berikut:-
PGC Strategies Sdn Bhd c/o: Pejabat Ketua
Menteri, Tingkat 28, KOMTAR, 10503, Pulau Pinang, Malaysia.(Anugerah
Kewartawanan Hijau 2011 Negeri Pulau Pinang)
- Penyertaan hendaklah disahkan oleh Ketua Pengarang atau wakil organisasi di mana peserta
bertugas dengan borang atau format
yang disediakan oleh Kerajaan Negeri.
- Kerajaan negeri Pulau
Pinang tidak akan menanggung sebarang liabiliti untuk apa-apa kejadian yang mungkin timbul disebabkan oleh penghantaran lambat,
apa-apa kemusnahan/kerosakan atau kehilangan dokumen dalam proses
penghantaran.
- Tarikh tutup penyertaan
adalah pada 30 April 2012.
- Tarikh penghantaran tidak boleh diambilkira sebagai bukti tarikh
penyertaan oleh pihak penganjur. Karya yang dihantar ke kerajaan negeri
Pulau Pinang tidak akan dikembalikan.
- Pertandingan ini dibahagikan kepada dua (2) seksyen, iaitu (i)
Pelaporan Berita dan (ii) Penulisan Rencana. Peserta boleh mengambil
bahagian dalam kedua-dua seksyen, tetapi hanya boleh menghantar satu
penyertaan bagi setiap seksyen sahaja
- Bagi karya-karya
kewartawanan yang dihasilkan dalam bahasa Cina dan bahasa Tamil, peserta juga
boleh menghantar karya mereka dalam Bahasa Cina dan Bahasa Tamil, tetapi peserta
perlu menyediakan sinopsis dalam bahasa
Melayu atau bahasa
Inggeris yang tidak melebihi 500 patah
perkataan.
- Jika karya itu diterbitkan bersiri,
setiap salinan artikel mestilah disusun mengikut turutan.
- Peserta boleh mengambil
bahagian dalam kedua-dua seksyen, tetapi hanya boleh menghantar satu penyertaan bagi setiap seksyen
sahaja.
- Keputusan Panel Pengadil
adalah muktamad dan sebarang
pertanyaan/rayuan tidak akan dilayan.
- Sebanyak 24 buah hadiah (6 hadiah bagi setiap kategori
media iaitu: Bahasa Melayu,Bahasa Cina, Bahasa Tamil dan Bahasa Inggeris) akan
diberi dalam pertandingan ini (12 hadiah bagi setiap seksyen).
Seksyen A: Pelaporan Berita
Tiga Hadiah Cemerlang bagi setiap
kategori:
(1)Wang Tunai RM1,000.00
(2)Sijil Penghargaan -“Anugerah Kewartawanan Hijau Cermerlang”
Seksyen B: Penulisan Rencana
Tiga Hadiah Cemerlang bagi setiap kategori:
(1) Wang
Tunai RM1,200.00
(2) Sijil
Penghargaan -“Anugerah Kewartawanan Hijau Cermerlang”
Setiap pemenang hadiah cemerlang bagi seksyen
Pelaporan Berita akan menerima hadiah wang tunai sebanyak Ringgit Malaysia Satu
Ribu (RM 1000) sahaja sementara setiap karya pemenang hadiah cermerlang bagi Seksyen
Penulisan Rencana akan menerima hadiah wang tunai sebanyak Ringgit Malaysia Seribu
Dua Ratus (RM1200) sahaja.
14. Pihak penganjur berhak untuk memutuskan tiada
pemenang untuk hadiah yang disenaraikan.
15. Pihak penganjur berhak untuk menerbit semula
sebahagian atau seluruh karya pemenang tanpa kebenaran diperolehi terlebih
dahulu daripada penulisnya.
GARIS
PANDUAN PEMARKAHAN
|
Bahagian |
Markah Penuh |
|
Perkara &
Kandungan |
40 |
|
Fakta & Mutu Kajian |
40 |
|
Mutu Penulisan / Laporan
|
20 |
|
|
___
100 |
16. Sebarang kekeliruan yang timbul berkaitan dengan
peraturan-peraturan, kerajaan negeri Pulau Pinang berhak untuk membuat interpretasi muktamad. Apa-apa
isu lain yang tidak disebut atau disentuh dalam dokumen ini akan diselesaikan dengan peraturan-peraturan yang
berkaitan yang akan ditentukan oleh Kerajaan negeri Pulau Pinang dan tertakluk
kepada interpretasinya.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
04-6505112, atau emel kepada:
This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it
BORANG PENYERTAAN Anugerah Kewartawanan Hijau 2012 Negeri Pulau Pinang. Klik di sini
|