Utama Program Hijau Hari Tanpa Beg Plastik Amalan 3R - Reduce, Reuse, Recycle
Kesan-Kesan Perubahan Iklim

Perubahan iklim akan menyebabkan perubahan kepada atmosfera, suhu, penyejatan dan hujan, ribut dan aras laut seperti yang ditunjukkan dalam graf-graf di bawah [1]:
(A) Graf-graf di bawah menunjukkan perubahan kepekatan CO2, CH4 dan N2O dalam atmosfera pada zaman geologik dan sekarang;

 

 

 

 

 

(B)  Graf di bawah menunjukkan perubahan suhu di permukaan bumi

Akibat yang dijangka berlaku dengan peningkatan suhu adalah:

  • Peningkatan intensiti ribut taufan. Bilangan ribut taufan kategori 4 dan 5 telah meningkat dua kali ganda untuk beberapa dekad ini. Lautan yang semakin panas membolehkan ribut tropikal menambah tenaga dan menjadi lebih kuat

  • Walaupun ribut yang teruk menyebabkan banjir di sesetengah kawasan, kemarau dan wildfires juga akan dialami di kawasan yang lain

  • Pulau di kawasan rendah tidak lagi sesuai didiami kerana aras laut yang semakin meningkat

  • Hutan, ladang dan bandar akan berhadapan dengan masalah penyakit yang dibawa oleh nyamuk

  • Kerosakan habitat seperti terumbu karang dan hutan bermusim akan menyebabkan kepupusan pelbagai spesis flora dan fauna [2].

(C)  Jumlah hujan yang turun telah meningkat bagi kawasan utara daripada 30°U sejak tahun 1900-2005 tetapi berkurangan di kawasan tropika sejak tahun 1970-an. Kejadian hujan lebat telah meningkat di banyak kawasan semasa kurun yang lepas dan juga peningkatan kemarau sejak tahun 1970-an khususnya di kawasan tropik dan sub-tropik.


(D)   Graf di bawah menunjukkan peningkatan aras laut di Amerika Syarikat [3]

 


[1] US EPA. http://www.epa.gov/climatechange/science/recentcc.html
[2] YTL Climate Week. http://www.ytlcommunity.com/climatechange/
[3] US EPA. Proudman Oceanographic Laboratory. http://www.epa.gov/climatechange/science/recentslc.html

 

                             <<<<<<<<<<KEMBALI KE MUKA UTAMA>>>>>>>>>>