|
Tahukah Anda?
Beg Plastik umpama toksid di muka bumi, susah untuk dilupuskan dan dibersihkan. Tahun lepas, 6 kumpulan pasaraya terbesar di Pulau Pinang telah mengagihkan 25.2 juta plastik sebulan atau secara purata sebanyak 2.1 juta sebulan.
Sebagai usaha untuk mentransformasikan Pulau Pinang sebagai negeri bertaraf antarabangsa yang lebih bersih, cerah dan hijau pelbagai usaha telah dijalankan termasuk bergerak sehaluan dengan 42 buah negara atau bandaraya lain seluruh dunia dengan menggalakkan orang ramai mengurangkan penggunaan beg plastik. Kini, Kerajaan Pusat juga menjejaki langkah Kerajaan Negeri dengan mengumumkan pengurangan penggunaan beg plastik.
Sejak Pelancaran Program 'Hari Tanpa Beg Plastik' yang diadakan setiap Hari Isnin mulai 6hb Julai 2009 di pasaraya-pasaraya telah membolehkan Negeri Pulau Pinang berjimat lebih daripada 1 juta* beg plastik dalam masa 4 bulan. Program ini telah dilanjutkan ke tiga hari seminggu iaitu setiap Hari Isnin, Selasa dan Rabu mulai 1hb Januari 2010. Peniaga-peniaga hyper/supermarts, departmental stores, farmasi, fast food restaurants, Nasi Kandar chain stores, petrol kiosk stores dan convenience stores diwajibkan mengikuti peraturan yang ditetapkan oleh kerajaan tempatan dalam pembaharuan lesen.
Kebanyakan beg plastik sukar untuk dilupuskan. Malah Beg plastik yang boleh dilupuskan tidak akan mereput tanpa kelembapan, cahaya dan oksigen di tempat pembuangan.
Tahun 2008, Enam kumpulan pasaraya utama di Negeri Pulau Pinang telah mengedar sejumlah 25.2 juta beg plastik setahun (atau 2.5 juta beg plastik sebulan). Data ini belum lagi merangkumi pengeluaran beg plastik oleh pengusaha-pengusaha lain seperti penjaja-penjaja atau pasaraya mini. Ke manakah kesemua beg plastik ini dihantar akhirnya?
Setiap rakyat Negeri Pulau Pinang dianggarkan menghasilkan sebanyak 1kg sampah sarap setiap hari. Pada tahun 2007, MPPP dan MPSP telah membelanjakan kira-kira RM57.6 juta untuk pelupusan sisa pepejal. Hampir 30 peratus daripada hasil yang diperolehi PBT terpaksa digunakan hanya untuk melupuskan sampah sarap.
Nasihat daripada Kerajaan Negeri Pulau Pinang:
(1) Sediakan Beg Membeli-belah, Kurangkan Beg Plastik
(2) Jom, pisahkan sampah! Amalkan 3R: Kurangkan sampah(Reduce), Guna semula(Reuse) dan Kitar semula(Recycle).
*Data yang diberikan oleh 45 pasaraya dan peserta “Hari Tanpa Beg Plastik” .
-Bayaran 20 sen bagi setiap beg plastik pada "Hari Tanpa Beg Plastik" akan dimasukkan ke dalam Tabung Rakan Anti Kemiskinan. |